TAHNIAH EN. NASIR,SEKARANG GURU CEMERLANG DG 48. |
Bulan Bahasa Melayu
Apa guna orang bertenun, Untuk membuat pakaian adat; Untuk apa orang berpantun, Untuk memberi petuah amanat. Apa guna daun kayu, Untuk tempat orang berteduh; Apa guna pantun Melayu, Untuk tempat mencari suluh.
Friday, January 28, 2011
Monday, July 12, 2010
Jawatankuasa Bulan Bahasa
KERTAS KERJA BULAN BAHASA TAHUN 2010
TAJUK : BULAN BAHASA
TARIKH : JULAI 2010
SASARAN : SEMUA GURU DAN PELAJAR SMK PERTANG
LATAR BELAKANG
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa bertambah penting bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tetapi juga memainkan peranan yang penting dalam kalangan pelajar. Tidak ketinggalan bahasa Cina dan Bahasa Tamil turut memainkan peranan penting untuk melahirkan keterampilan dan kewibawaan pelajar sekolah dalam dunia pendidikan pada alaf ini. Sehubungan dengan itu, Bidang Bahasa SMK Pertang akan menganjurkan program Bulan Bahasa Tahun 2010. Program ini melibatkan empat panitia, iaitu Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Cina dan Panitia Bahasa Tamil. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bahasa akan dijalankan bersempena bulan ini agar memberikan manfaat kepada semua warga sekolah..
MATLAMAT
Menyebar dan memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , bahasa Cina dan bahasa Tamil ke arah meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah dalam kalangan pelajar SMK Pertang.
OBJEKTIF BULAN BAHASA
1. Memupuk dan mencari bakat-bakat baru untuk aktiviti bahasa.
2. Mempromosi dan menyebarkan maklumat tentang bahasa dan budaya bahasa Melayu bahasa Inggeris , bahasa Cina dan bahasa Tamil kepada warga SMK Pertang.
3. Menambah minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa.
4. Melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti bahasa
Tema
Bahasa Cemerlang Warga Gemilang
SMK PERTANG
SAMBUTAN BULAN BAHASA TAHUN 2010
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Haji Ab Kadir Bin Haji Nordin (Pengetua)
Pengerusi : Hajah Noorlailawati Binti Noordin(GPK 1)
Naib Pengerusi : Cik Lim Boon Yuan(GPKHEM)
Naib Pengerusi : Encik Johar Bin Abu(GPKKO)
Penyelaras : Mohamad Nasir Bin Ibrahim (GK Bahasa)
Setiausaha : Ketua Panitia Bahasa Melayu
: Ketua Panitia Bahasa Inggeris
: Ketua Panitia Bahasa Cina
: Ketua Panitia Bahasa Tamil
Bendahari : New Kiat Yee
Ahli Jawatankuasa:
Jawatankuasa Perasmian
Penyambut tetamu : Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran
Persembahan Perasmian : (Panitia Bahasa Melayu)
(Panitia Bahasa Inggeris)
(Panita Bahasa Cina)
(Panitia Bahasa Tamil)
Persiapan Dewan : En. Norulhaizy b. Mohd Nasir
Backdrop : Pn. Noraidah Binti Jamaludin.
Juruacara : Cik Noor Aishah bt. Mohd Nasir
Siar raya : En. Jailani b. Damsuki
En. Md. Noralami b. Abd Malek
Fotografi : Pn. Loh Siew Cheng
Buku Program : Cik Nurul Shahila Binti Ibrahim.
Bacaan Doa : Ustaz Samsul Fuad Bin Situ
BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA
SAMBUTAN BULAN BAHASA TAHUN 2010
BIL | J/KUASA | NAMA PETUGAS | BIDANG TUGAS |
1 | Persiapan Dewan | En. Norulhaizy b. Mohd Nasir | Memastikan dewan dan pentas disusun dengan kerusi dan meja mengikut kesesuaian. |
2 | Persembahan Perasmian | Semua Ketua Panitia Bahasa | Memastikan kesesuaian persembahan perasmian. |
3 | Siar raya | En. Jailani b. Damsuki | Menyediakan dan memastikan mikrofon dan alat-alat siar raya boleh digunakan pada hari perasmian dan sepanjang Bulan Bahasa |
4 | Backdrop | Pn. Noraidah Bt Jamaludin | Menyediakan dan menyiapkan backdrop mengikut kesesuaian |
5 | Buku Program | Cik Nurul Shahila Binti Ibrahim | Menyiap dan mengedarkan buku program Bulan Bahasa |
6 | Fotografi | Pn. Loh Siew Cheng | Merakam aktiviti yang berkaitan dengan Bulan Bahasa. Mengambil gambar foto, aktiviti yang berkaitan dengan Bulan Bahasa. Mendokumentasikan gambar . |
7 | Laporan | Semua ketua panitia | Membuat laporan bagi pertandingan di bawah panitia masing-masing. |
8 | Hadiah/Sijil | BM : Pn.Samti BI :Pn.Noraidah BC: Cik Choo Yong Ping BT:Cik Kokilavani | Menyediakan anggaran perbelanjaan hadiah Menyelaras hadiah dan sijil untuk pertandingan |
9 | Bacaan Doa | Ustaz Samsul | Melatih pelajar untuk memimpin bacaan doa semasa hari perasmian |
10 | Juruacara | Cik Noor Aishah bt. Mohd Nasir | Menyediakan teks upacara perasmian dan mengendalikan majlis. |
10 | Pertandingan | Semua Penyelaras Pertandingan | Membuat jadual untuk mengendalikan pertandingan masing-masing. Menghantar senarai pemenang kepada Setiausaha pada atau sebelum 30 .07.2010 |
Sunday, July 11, 2010
Pelancaran Minggu Bahasa
Majlis pelancaran Minggu Bahasa telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Kadir bin Haji Nordin, Pengetua SMK. Pertang sendiri pada 5 Julai 2010 yang lalu. Belia telah merasmikan majlis tersebut dengan memanah belon yang disediakan pada tempat sasaran memanah.
Subscribe to:
Posts (Atom)